Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


nana berseri2
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
nana berseri2



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wednesday, 27-Oct-2004 00:00
Berbuka Puasa bersama Nana di Restoran Nelayan Titiwangsa,

Report by Suria

27 Oktober 2004
Akhirnya, berjaya juga kami buat Gathering Nana FC yang telah di rancang setahun yang lepas.Sebelum ini kami tidak dapat buat kerana kesibukkan Nana dan dia tidak punya banyak masa lapang .Setelah beberapa kami telah berbincang sebelum ini, akhirnya ini la harinya.AJK yang terlibat adalah Epop, Nizal, Is , Adi dan Suria sendiri.

Ini la pertama kali Suria handle event seperti ini.Selama hari ini hanya lihat orang buat sekarang kena batang hidung sendiri tapi Suria suka handle. Suria telah di beri tugas supaya menjadi penyambut tetamu.Walaupun tidak ramai yang dapat hadir tetapi kena rasa hormat kepada mereka yang datang terutama yang tidak pernah jumpa Nana lagi.

Suria bertolak daripada rumah pukul 3 petang kerana sebelum itu, Suria banyak perkara perlu dilakukan.Kena teman sayang kita tu lagi. Nak pergi minta cop pengesahan untuk sijil-sijil nak minta kerja.Waktu ini la sibuk nyer. Lepas kena antar dia balik tapi tidak kisah la asalkan boleh temankan dia.Lepas tu, pergi ambil Aienull kat PWTC.Nasib baik masa dalam perjalanan itu tidak jem sangat, so sampai dalam kira-kira pukul 5 petang macam itu. Is dan Adi sudah sampai.Kami berborak-borak dahulu sementara tunggu yang lain datang.

Kira-kira pukul 6 petang, orang agak ramai dan tidak sangka ramai betul orang datang berbuka di situ.Selepas salin baju, tu pun bebudak tu suruh pakai baju kurung.Ikutkan hati malas ler.Hehehe.Tapi hormati kan majlis berbuka puasa dan kita pula AJK. Masa ini Adeq n geng sampai, Atikah pun.Epop pun sampai lewat tapi kena ambil Kak Yang dengan Is.Tinggal aku, Fiza, Aeinull dan Adi. Kelam kabut gak tapi nasib baik pernah tengok cam ner orang lain handle. Kesian Adi sebab dia gelabah sebab pertama kali dia handle.Tapi nasib baik boleh cool dia.

Si Epop dengan Is lambat pula, Nizal ambil Nana.So dimaafkan la. Tak kisah la ini kan tugas aku. Selepas itu, Encik Baha, Mama Dee, Kak Anne, Kak Sabrina dan family datang. Rasa tidak puas hati sebab tak berapa privacy.Tapi bukan semua cam Nana sebab Nana buat rambut baru..berapa harganya..rahsia!!.Syyyy..Masa dah berbuka baru geng Lily sampai dan dia boleh tak pakai baju kurung..isk..isk..baru nak tengok dia bergaya.Dan akhirnya pertama kali Epop pakai baju kurung..Yahoo!!..Bertambah ayu ku lihatnyer. So dalam 3 meja kami tempah dan ngam-ngam cukup.

Mula-mula berbuka dulu tetapi disebabkan panas sangat, Suria minum air je dulu.Dalam 20 minit lepas tu baru ambil makanan.Boleh tahan la makanannya. Selepas tu, kami beramah mesra sesama sendiri dan Nana dengan gentlegirl ops dengan selamba datang satu meja ke meja melayan peminatnya.Selepas semua dah kenyang, seisi borak-borak kosong.Lepas tu baru la seisi photoshot dengan Nana dan jemputan lain.Rasa terharu sebab Encik Baha sanggup datang gathering Nana walaupun dia ada 2 lagi function.Kedatangan Encik Baha amat dihargai.Walaupun hanya sedikit yang datang tapi Nana puas hati. Kami sebagai Ajk pun gembira dengan kejayaan kami yang kali pertama ini.Lain kali boleh buat lagi kan.

Kami tidak lupa juga dengan hadiah yang kami belikan untuk Nana.Apa lagi kalau bukan sehelai seledang untuk hari raya nanti.Ada kaler pink dan orange(Zahid ler, Nana kan rapat dengan Zahid).Tapi dia tak suka tulisan kaler merah, nak buat cam ner kedai itu yang buat kan.Terima je Nana..hehehehe.Selepas para jemputan dah pulang, kami pula take over Nana.Kami lepak di sana sampai pukul 9 malam dan banyak la kami borak dengan Nana serta ingin ketahui perkembangan dia dan perancangan masa hadapan. Insyallah kami akan buat gathering raya, mungkin ke rumah Nana.Nana pesan datang la ramai-ramai ke Muar raya nanti.Kira-kira pukul 10 lebih kami masih di sana seperti tidak mahu pulang sahaja.

Tidak habis di dalam, photoshot di luar pula. Selang seli orang pulang dan kami sebagai AJK tunggu kepulangan Nana.Tapi di saat akhir orang besar Astro datang dan kesian dia kerana berkejar sana dan sini. Kami sebagai AJK pulang dengan hati yang lapang kerana kami berjaya.

YES!!!! Suria Mamarazi AF

Untuk gambar penuh, klik kat sini
http://client.webshots.com/album/206791751rTtSfY
http://client.webshots.com/user/nanafans

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.